Posts

CARA PALING MUDAH DAN SANTAI BUAT HTML PADA GAMBAR SENDIRI

Image
H ari penghujung minggu bagi aku adalah hari Jumaat bukanlah hari Ahad. Siapa yang setuju say hiii...ehh siapa yang setuju angkat tangan hahahaha.. Sebab apa aku cakap hari penghujung minggu adalah hari Jumaat sebab setiap hari Jumaat adalah penghujung hari dalam seminggu yang aku perlu ada di office, ada kerja ke tak ada kerja tetap kena ada dipejabat. Hari Jumaat juga adalah hari yang aku boleh berehat panjang dari 12:15tgh hingga 02.45ptg.   A lkisahnya tulisan aku kali ni bikan nak bercerita tentang hari berkerja atau waktu rehat penjawat awam pada hari Jumaat, tapi disebabkan masa rehat yang panjang ni aku tak tahu nak buat apa, jadi lebih baik aku berceloteh, membebel sikit2 tapi yang paling penting dapat berkongsi sedilkit ilmu dengan korang. Cuma perkongsian ringkas yang buatkan aku seronok dan teruja.  So sepertimana tajuk besar kat atas tu, aku nak share dengan korang pengalaman aku nak cipta sendiri HTML untuk gambar aku sendiri atau apa2 yang ada dalam photo gallery phone

Percaya 'Jutawan Is Real' : 13 Ribu Usahawan Sertai Program Nak Ubah Hidup 2020

Image
Pertama kali menyertai Program Nak Ubah Hidup #NUH2020 ianya bagaikan sebuah mimpi, mimpi yang dah lama hadir dalam tidur cuma chantek sendiri tak ingat bila chantek bermimpi dan tiba-tiba jadi kenyataan. Kenapa chantek kata bermimpi? Sebab ada perkara-perkara yang berlaku sepanjang program ni, sebenarnya adalah impian chantek yang terpendam lama atau mungkin sudah terkubur lama telah jadi kenyataan. Nanti chantek ceritakan. Berbalik kepada #NUH2020, macam mana chantek boleh berada di NUH2020? sebenarnya salah seorang rakan blogger cheq sempoi ajak chantek sertai NUH2020.. Kalau difikirkan lokasi program ni diadakan, memang chantek malas sebenarnya tapi entah tiba-tiba mulut ni berat sangat untuk mengatakan tidak dengan pelawaan sahabat chantek. Hanya dengan menurut kehendak seorang sahabat, jadi wujudlah chantek dalam NUH2020. Pada hari pertama kami buat pendaftaran. Setelah selesai proses pendaftaran chantek diberi nametage berwarna merah, wristband dan  goodie bag yang di dalamnya

Tapak Asal Yang Ramai Tak Ketahui di Malaysia

Image
Coretan chantek kali ini bukan bercerita tentang sejarah Malaysia. Bukan juga mahu mengimbau perjuang-pejuang atau penjajah Tanah Melayu. Jika coretan chantek sempena Hari Malaysia pada tahun  lepas (2018) adalah mengenai  7 Sejarah Yang Pertama di Malaysia   kali ini coretan chantek adalah tentang ASALnya dan KINI. Di awal penubuhan Malaysia, Brunei pada awalnya berhasrat untuk menyertai Malaysia tetapi menarik diri pada saat-saat akhir. Manakala Singapura pula telah menyertai Malaysia namun tidak kekal lama dimana telah keluar dari Persekutuan pada Ogos 1965. Oleh itu, bermula tahun 1963 Malaysia terbina dari Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Kini setelah 56 tahun penubuhan Malaysia pelbagai kenangan pahit manis yang pastinya terpahat di ingatan rakyat Malaysia dalam mengekalkan keharmonian seiring dengan kemodenan yang dicipta.  Malah kini Malaysia semakin dikenali di mata dunia.  Minat Sejarah Tabiat chantek kalau melihat sesuatu bangunan lama, atau bangun

Serendah RM10 | Kempen Tabung Didik PPZ-MAIWP Tanam Didikan Patuh Syariah

Image
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit" peribahasa yang sering kita dengar dan menjadi pesan mulut ke mulut, generasi ke generasi akan kebaikan serta manfaat yang diperolehi dari amalan ini. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" Setiap ibu bapa juga pasti berusaha memupuk sikap berjimat cermat dan menabung kepada anak-anak agar menjadikan amalan tersebut sebagai penentu masa hadapan bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan". Menyokong budaya menabung yang harus dipupuk dari usia kecil, Pusat Pungutan Zakat telah mengadakan Kempen Tabung Didik yang telah dirasmikan oleh Ketua Eksekutif PZZ-MAIWP bersempena Kempen Jadi Kaya yang telah bermula sehingga 31 Disember 2018 ini. Tujuan Kempen Tabung Didik 1. Mendekatkan anak-anak dengan ibadah zakat iaitu Rukun Islam ke 5.  2. Pendekatan ini adalah bertujuan menggambarkan anak-anak kepada pendidikan dalam segi syariah. Selain itu iainya melatih anak-anak membina kekayaan yang diberkati oleh Allah S.W.T.  3. Me

3 Sebab Perlu Sertai Pesta Sambutan Tahun Baru 2019 | CITTA Mall

Image
Tahun Baru ialah peristiwa yang diadakan apabila sesuatu budaya meraikan berakhirnya satu tahun dan bermulanya tahun berikutnya. Budaya-budaya yang mengikut kalendar tahunan semuanya menyambut Tahun Baru. Dan seperti biasanya acara-acara yang diadakan penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan. Ada juga yang meraikan perakhiran tahun kerana meraikan kejayaan besar atau mungkin untuk melupakan sesuaty yang buruk yang telah dilalui swpanjang tahun itu. Dan semestinya semua mereka yang nenyambut kedatangan tahun baru berharap tahun yang bakal muncul akan memberikan sejuta kemanisan dalam hidup. Bercerita tentang sambutan tahun baru, korang dah ada yang plan untuk keluar pada 31 Disember 2018 ni? Chantek tahu ramai yang tengah memilih tempat untuk melakar kenangan manis pada hujung tahun ni. Sebenarnya tidak semua orang menjadikan acara sambutan tahun baru sebagai acara yang wajib disambut, tetapi ada juga dikalangan mereka yang mengambil kesempatan cuti umum 1 Januari untuk berkumpul bersam

Asyik-Asyik FREE | Dominos Pizza Jadi Pilhan Utama Malaysia

Image
58 tahun di dalam industri makanan, Dominos Pizza yang terkenal dengan macam-macam pemberian percuma kini semakin diminati oleh peminat-peminat pizza di Malaysia. Ia terbukti apabila Dominos Pizza ia menjadi penyedia piza paling terlaris di serata dunia dari segi jualan pada Februari 2018. Dominos Pizza mula bertapak di Malaysia pada September 1997 dan kini telah meluas dengan 300 cawangan di serata Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pilihan menu pun banyak bukan sekadar pizza sahaja ada juga : Meals Pizza Side Order Beverage   Nak menikmati DP pun  ada banyak pilihan dan cara. Korang boleh datang sendiri ke restoran ( dine in ) atau membuat pembelian secara online . Domino's Pizza Malaysia telah memanfaatkan dunia digital dengan kelebihan yang terbaik dan ini bermula apabila ia disahkan sebagai syarikat QSR yang pertama untuk menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Malaysian Book of Records dengan pelancaran laman webnya pada tahun 2003. Domino's Pizza Platform