Penggemar Mee Segera Wajib Nikmati Indomie di Indo Bowl Cafe, Ada Kelainan




Jangan tak tahu yang mee segera boleh dinikmati dengan chicken chop dan salted egg. Pelik tapi benar, janggal tapi cukup istimewa. Memang bukan biasa-biasa rasanya. Baru-baru ini chantek dijemput untuk review menu-menu istimewa yang terdapat di Indo Bowl Cafe, Lake Fields, Sg Besi. Istimewanya di sini adalah kebanyakkan menu-menunya adalah dari Indomie. 


Indomie

Sedikit info mengenai mee segera yang paling terkenal di Indonesia iaitu Indomie. Mee segera ini pertama kali diperkenalkan di Indonesia pada tahun 1969 iaitu hampir sedekad yang lalu. Kini Indomie dapat dinikmati dengan pelbagai varian rasa yang juga semakin di gemari di Malaysia. 



Indobowl Cafe (Indonesian Street Food and Indomie)


Pengasasnya menginspirasikan Indo Bowl Cafe dari sebuah kopitiam, ianya mula beroperasi pada September 2017. Memandangkan tiada lagi restorant yang menyediakan makanan-makanan yang dijual di jalanan seperti di Indonesia, maka wujudlah Indo Bowl Cafe. Dekorasi serta susun atur cafe juga sangat sesuai untuk lepak-lepak dengan kawan-kawan atau keluarga. Selain dari dekorasi cafe yang cantik dan selesa, harga bagi satu-satu hidangan adalah sangat seimbang dengan harga dan kualiti rasa.



Review Menu di Indobowl Cafe

Masa mula-mula pihak pengurusan Indo Bowl Cafe hubungi chantek, memang dah happy dah masa tu sebab chantek memang suka makan mee segera jenis goreng dari zaman sekolah lagi. Kalau yang jenis berkuah chantek kureng gemar, tapi takda lah sampai kerap makan mee segera, kadang-kadang sebulan sekali pun takda, cuma bila teringin nak makan mee segera chantek lebih memilih mee segera jenis goreng. So memang cepat je lah chantek jawab YES bila pihak pengurusan Indo Bowl Cafe jemput untuk buat review beberapa menu istimewa diorang. Chantek pun dah pilih tarikh mengikut kelapangan yang chantek ada. Tunggu nak pergi menikmati je la. Kikikikiki

Indomie Mambo Jumbo

Istimewanya menu ni, ada kambing, daging, ayam, satay dan telur dalam satu menu yang dihidangkan dengan Indomie dan sambal. Menu ni besar boleh kenyangkan 3 ke 4 orang.

Chicken Chop Chessy

Best menu ni sebab chicken cheesy dia memang sedap. Tak muak dan santai-santai boleh habis semangkuk tanpa disedari hahaha. betul chess nya tak muak dan tak masin, just nice sesuailah untuk yang tak suka makan pedas. 

Salted Egg Chicken

Yang ni paling chantek suka. Rasa hidangan ni sangat unik, susah nak gambarkan tapi memang chantek suka sangat dan rata-rata rakan-rakan blogger yang lain pun setuju dengan chantek. Actually memang chantek tak boleh move on lagi. I swear memang sedap menu ni. 

Mambo Jumbo Seafood Soto

Hidangan ni not bad, sedap jugak. tapi yang chantek boleh cakap memang mewah hidangan seafood dalam bowl yang besar tu. Sedap cuma macam chantek cakap di awal tadi chantek kurang gemar mee segera yang berkuah ni.


ES Cendol (Putih)
Sedap, tak berapa manis dan sesuailah kalau dijadikan minuman ketika menikmati hidangan korang sebab tak muak.

Soda Gembira (Pink)

Bagi yang suka minuman soda wajib try munuman soda gembira ni mesti korang gembira sebab memang betul-betul rasa sodanya. Chantek suka sebab macam ala-ala rasa air bikarbonat so takda lah muak dan mudah kenyang bila makan banyak-banyak.

Sejujurnya memang chantek sukakan semua menu-menu yang dihidangkan haritu. Chantek suka menu-menunya, dekorasi cafe dan suasana santai di situ. Chantek memang rekemen pada korang yang tengah cari tempat boleh lepak-lepak, santai-santai sambil menikmati makanan yang ringan namun bisa mengenyangkan. 

Untuk maklumat lanjut jom like dan follow Indo Bowl Cafe di social media:

https://indobowlcafe.com/#

https://www.facebook.com/IndoBowlOfficial/


https://www.instagram.com/indobowlcafe/


INDOBOWL KL
72, Jln Tasik Utama 7, Lake Fields
Sungai Besi, 57000 KL

INDOBOWL SS15
66, Jalan SS 15/4C, SS15
47500 Subang Jaya

OPERATING HOURS
Mon–Sun: 11.00am–10.30pm
















Comments

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Tunaikan Zakat:Rebutlah Keberkatan Berzakat Dibulan Ramadan Bulan Penuh Barakah