Posts

Swarovski Perincian Utama Twiq Label

Image
Melangkah masuk ke butik ini, panahan mata chantek tertumpu pada deretan tudung2 yang sangat cantik warnanya. Pada mulanya chantek rasa biasa je apabila mendapat jemputan untuk hari palancaran butik tudung ini. Tapi setelah chantek pergi rapat ke tudung2 itu, wahhh sangat menerujakan. Cantik sangat2 tudung yang ada disini. Cepat2 chantek baca risalah yang diberikan tadi oleh staff butik ini. "Twiq Label adalah kedai butik fizikal pertama di Bangi Sentral oleh Tracyn. Ianya bermula sebagai sebuah syarikat dalam talian pada bulan Julai 2014 yang mereka khas dan meletakkan ciri2 istimewa pada tudung bawal dan shawl serta barangan perhiasan secara eksklusif, dengan ciri-ciri elemen swarovski iaitu di bawah jenama Twiq Label dan TALE Jewellery" Syarikat yang bertapak di Kuching ini terkenal dengan hasil dekorasi dan buatan tudung yang berkualiti malah menerima permintaan yang kukuh dan memberangsangkan dari pelanggan di seluruh negara. Antara Koleksi Twiq Label Bersempena dengan p...

Hidup Berkat, Rezeki Lebat, Jom Berzakat Dengan Kempen YEZ

Image
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56) - sumber dari Lembaga Zakat Selangor Assalamualaikum w.b.t Bismillahirahmanirrahim Pengertian zakat dari segi syarak membawa maksud mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Bagi memastikan setiap dari kita yang beragama Islam tidak terleka, tidak terlupa dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam, Pusat Pungutan Zakat (PPZ- MAIWP) sentiasa memberikan memberi peluang yang mudah, cepat dan telus dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat. Sumber dari Lembaga Zakat Selangor Oleh yang demikian, Kempen Yez 2017 (Year End Zakat) dilaksanakan bagi menggalakkan umum dapat menunaikan Rukun Islam yang ke 5 ini sebelum berakhirnya tahun 2017.               ...

Kesempurnaan hidangan dengan kemewahan rasa di The Hob Cafe

Image
Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia masakan mendorong Puan Hjh Azilah Akashah membina The Hob Cafe bersama suami tercinta. Selain daripada menguruskan Butik Telekung Qasha yang juga milik beliau, The Hob Cafe juga merupakan satu kepuasan bagi beliau secara peribadi. Malah Puan Azilah mendapat dorongan dan sokongan daripada suami dan anak2 tercinta menjadikan beliau berani dan kuat dalam menguruskan Butik Telekung Qasha dan The Hob Cafe. TQ diuruskan bersama anak2 kesayangannya iaitu 3 perempuan dan 2 lelaki manakala The Hob diuruskan bersama suami tercinta. Berkonsepkan hipster, nama The Hob itu sendiri adalah bermaksud dapur. Menu2 yang disediakan mempunyai banyak pilihan iaitu homemade pattie burger, pasta , salad, sandwich, meetballs dan banyak lagi. Minuman segar dan menu ala cart juga ada. Istimewanya menu2 disini adalah dihasilkan oleh kreativiti pemiliknya dan bahan2 yang dicipta sendiri. Jadi rasa dan cara hidangan disediakan adalah ilham dari beliau dan tidak sama denga...

Keselesaan keutamaan Telekung Qasha

Image
Keselesaan si pemakai ketika beribadah adalah yang sangat penting dalam pemilihan telekung solat samada untuk digunakan seharian atau sebagai hadiah mahupun barang hantaran. Chantek berkesempatan bergambar bersama pengasas TQ Puan Hjh Azilah Akashah Menyingkap sejarah kewujudan dan kejayaan Telekung Qasha (TQ) adalah berdirinya seorang wanita kental iaitu Puan Hjh Azilah Akashah yang juga pemilik The Hob Cafe . Lahirnya Butik Qasha pada Mac 2008 merupakan titik permulaan kewujudan Telekung  Qasha. Pakaian muslimah lelaki, wanita dan kanak2 juga telekung dijahit oleh tukang jahit TQ dan koleksinya adalah limited edition.  Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh dalam mencipta kejayaan diantaranya ialah ketika butik dilanda banjir semasa tahun 2013 dan 2014 hingga menyebabkan butik TQ terpaksa ditutup. Namun atas kegigihan dan semangat yang kuat, TQ bangkit semula dan kini bertapak di Bangi Sentral, Pusat Bandar Baru Bangi. TQ kini lebih fokus kepada pakaian solat, barang2 umrah da...

Gelak pecah perut dengan "Ah Boys To Men 4"

Image
Ah Boys To Men 4 "Kena Called Balik" Gamat panggung wayang dibuatnya bila menonton filem francais dari Singapura Ah Boys To Men 4. Tidak berhenti ketawa dari awal cerita hingga habis. Tapi ada juga adegan yang menyentuh hati dan sedikit romantis.  Istimewanya filem ini adalah kisah ketenteraan tapi tidak menjurus kepada kekuatan dan kehandalan platun ketenteraan tetapi sebuah filem ringan yang  mudah difahami dan dijiwai. Ianya mengisahkan kepulangan lelaki-lelaki yang datang dari latarbelakang keluarga dan kerja yang berbeza. Mereka dipanggil untuk memjalani latihan dalam kem di bawah Armored Formation of the Singapore Armed Forces. Menurut pengarah filem ini Jack Neo, di Singapura semua lelaki semestinya memgalami Serves Nasional iaitu latihan ketenteraan yang diterapkan kepada seluruh warga Singapura. Dari situla tercetusnya idea untuk menghasilkan filem ini. Tiada kekerasan atau kekejaman tetapi semangat setiakawan dan kerjasama antara pelatih ditunjukkan di dalam filem i...