Posts

Showing posts from May, 2018

Sajian Nostalgia Lama Konsep Buffet Ramadhan di Hotel Tenera

Image
Bersempena bulan yang penuh barakah iaitu Bulan Ramadhan, Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi mengambil peluang yang ada untuk menganjurkan Majlis Amal Barakah Ramadhan (MABR) iaitu Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung baru-baru ini.   Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:                      مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) Memperhalusi pengertian Ramadhan yang sebenar, MABR ini adalah satu program yang diadakan bagi menjalankan tanggungjawab sosial serta Fardhu Kifayah terhadap masayarakat sekeliling, khususnya individu-individu yang memerlukan bantuan. Satu Majlis Berbuka Puasa telah diadakan bersama anak-anak yatim serta para media yang dijemput. Sehubungan itu, seramai 150 orang yang terdiri daripada rumah/pusat

Masakan Kampung Tarikan Utama di Ancasa Hotel & Spa

Image
Menikmati hidangan masakan kampung adalah kegemaran setiap orang. Tidak kiralah samada lahirnya kita dari pelusuk kampung, pekan mahupun dibesarkan di bandar besar. Hakikatnya setiap dari kit rindukan masakan kampung dan lebih gemar memilih masakan kampung biarpun berada di restoran terkemuka.  Dimana agaknya nak mencari set buffet ramadhan yang menyediakan masakan kampung persis masakan ibu ni?? Baru-baru ini, chantek dan kawan2 berbuka puasa di Hotel Ancasa & Spa di Pudu, KL. Melangkah masuk ke lobi hotel ini, ianya dihiasi seperti berada di suasana kampung. Terasa rindu dengan kampung halaman ku yang tak berapa kampung tu kikiki, umah mak kita umah teres jerk bukan umah kampung huhuhuhu. Ok berbalik pada hotel tadi, daripada dekorasi gerai makanan sehinggalah pakain staf hotel semuanya berkonsepkan kampung. Para pelayan hotel mengenakan kain sarung dan baju kurung Kedah, manis jerk dilihat. Mengenai Hotel Ancasa Hotel & Spa terletak di Bandaraya Kuala Lumpur di mana perniag

Seronoknya Shopping di Haqqi, Murah dan Berkualiti

Image
Orang perempuan ni kalau memilih baju memang cerewet sikit, Sebenarnya bukan cerewet tapi nak cari yang murah tapi cantik dan kalau boleh plus boleh dipakai untuk macam-macam majlis. Sesuai untuk hadir mesyuarat, sesuai dipakai untuk mengajar di sekolah, sesuai untuk ke majlis keagamaan atau majlis-majlis formal. Tapi susah sikitkan nak cari baju yang boleh pelbagai situasi kan?? Jangan risau kakak-kakak, adik-adik, sahabat-sahabat semua sebab ada butik yang memahami kehendak kita sebagai perempuan ni. Butik Haqqi lah jawapannya. Haqqi adalah portal beli belah yang dibangunkan hasil kerjasama Koperasi Tabung Haji Malaysia dan Glass Go Media Sdn Bhd. Haqqi merupakan pusat sehenti yang mempamer, menjual, dan menawarkan barangan kelengkapan dan keperluan Haji Umrah serta fesyen Islamik. Pada entry yang terdahulu, chantek sudah menfokuskan kepada kelengkapan Haji & Umrah, kali ini bersempena menjelangnya Aidilfitri, chantek nak kongsikan pengalaman chantek bershopping dekat butik Haqq