Posts

Showing posts from October, 2018

Haruharu | Produk Kecantikan Dari Korea Dengan Teknologi Penapaian Menangani Masalah Kulit Wanita & Lelaki

Image
Penapaian kosmetik?? Pernah dengar tentang teknik penapaian yang digunakan bagi menghasilkan produk kecantikan kulit?? Itulah teknologi yang telah digunakan oleh Haruharu iaitu satu produk kecantikan dari Korea. Sejak dari zaman tok nenek kita lagi, proses/teknik penapaian telah digunakan terhadap makanan, supaya ianya boleh disimpan lama memandangkan tiada teknologi sejuk beku pada masa itu. Malah kaedah yang sama telah digunakan oleh wanita DiRaja Korea supaya ubat-ubatan dan kosmetik dapat disimpan lebih lama dan tidak mudah rosak. Malahan proses serta bahan tradisional seperti ginseng, teh dan bunga yang digunakan telah menghasilkan produk kecantikan kulit yang lebih berkualiti dan selamat digunakan. Baru-baru ni chantek berpeluang untuk turut sama menyertai beauty worksyop yang dianjurkan oleh Haruharu (Malaysia) bersempena pelancaran siri penjagaan kulit hebat iaitu Wonder Skincare Series dan Haruharu Prologue Mask. Produk ini yang telah dihasilkan oleh Korea Ok Bio Lab dimana

Hari Kanak-Kanak SeDunia Menyedarkan Masyarakat Akan Peranan dan Hak Masa Depan Kanak-Kanak Malaysia

Image
Hari Kanak-Kanak Sedunia atau didalam Bahasa Inggeris sebagai International Children Days (ICD) merupakan suatu hari untuk melakukan aktiviti/kegiatan yang boleh memupuk sifat saling memahami di antara kanak-kanak. Aktiviti/kegiatan yang dilakukan adalah lebih tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk Piagam dan kebajikan terhadap kanak-kanak seluruh dunia. Sumber : Sinar Harian Titik permulaan ICD adalah dari sebuah Persidangan Dunia untuk Kesejahteraan Kanak-Kanak di Geneva, Switzerland pada tahun 1925. Dalam pada yang sama, konsul-jeneral Republik China di San Franscisco telah mengumpulkan anak yatim bangsa Cina bagi meraikan Perayaan Perahu Naga pada tahun 1925 iaitu pada 1 Jun 1925. Oleh yang demikian kebanyakan negara di dunia menyambut 1 Jun 1925 sebagai ICD. Sumber : Wikipedia Walaubagaimanapun, ICD diseluruh dunia adalah tidak sama tarikhnya. Diantara tarikh tersebut adalah kerana dipengaruhi oleh sesuatu peristiwa yang melibatkan kanak-kanak, sebagai satu sej

Penggemar Mee Segera Wajib Nikmati Indomie di Indo Bowl Cafe, Ada Kelainan

Image
Jangan tak tahu yang mee segera boleh dinikmati dengan chicken chop dan salted egg. Pelik tapi benar, janggal tapi cukup istimewa. Memang bukan biasa-biasa rasanya. Baru-baru ini chantek dijemput untuk review menu-menu istimewa yang terdapat di Indo Bowl Cafe, Lake Fields, Sg Besi. Istimewanya di sini adalah kebanyakkan menu-menunya adalah dari Indomie.  Indomie Sedikit info mengenai mee segera yang paling terkenal di Indonesia iaitu Indomie. Mee segera ini pertama kali diperkenalkan di Indonesia pada tahun 1969 iaitu hampir sedekad yang lalu. Kini Indomie dapat dinikmati dengan pelbagai varian rasa yang juga semakin di gemari di Malaysia.  Indobowl Cafe (Indonesian Street Food and Indomie) Pengasasnya menginspirasikan Indo Bowl Cafe dari sebuah kopitiam, ianya mula beroperasi pada September 2017. Memandangkan tiada lagi restorant yang menyediakan makanan-makanan yang dijual di jalanan seperti di Indonesia, maka wujudlah Indo Bowl Cafe. Dekorasi serta susun atur cafe juga sangat sesuai