Untung Berbelanja Dengan Potboy, Pesanan Dihantar Tanpa Caj Penghantaran
Kempen Potboy O2O yang telah diadakan pada 6 Julai hingga 8 Julai 18 telah dilaksanakan dengan jaya dan sangat meriah. Malah mendapat sambutan hangat oleh pengunjung-pungunjung kempen ini termasuklah chantek dan rakan-rakan yang lain. Potboy?? Pernah dengar Potboy?? Potboy Groceries adalah peruncit dalam talian yang berpangkalan di Lembah Klang. Potboy menyediakan keperluan barangan runcit dengan penghantaran percuma kepada pelanggan-pelanggan tanpa had pembelian. Pernah dengan O2O??? apa dia O2O?? O2O tu bermaksud online to offline. bermaksud pembelian yang disediakab adalah secara online tetapi di wujudkan secara offline, jadi pengunjung boleh melihat dan merasai makanan atau produk-produk yang dijual di dalam aplikasi Potboy Groceries.
Tertarik dengan konsep O2O Potboy ni, chantek terpanggil untuk turut serta dalam kempen tersebut. Setibanya di Jaya One Mall chantek disambut mesra oleh staff Potboy. Masa tu ramai pengunjung-pengunjung sedang sibuk mendaftar untuk menyertai Food Challange Born Chili....Hahahaha excited betul rasanya nak rasa kepedasan born chili lavel 10 ni. Produk ni adalah keluaran negara jiran Indonesia dan semestinya HALAL. Sangat happening acara Food Challenge tu, chantek plak sampai menggeletar sebab berdebar-debar nak mulakan pertandingan tu. Dan pastinya chantek bukanlah pemenangnya. Chantek ni jenis yang sangat sukakan makanan pedas tapi chantek x mampu nak habiskan semangkuk nasi yang digaul dengan 3 sudu besar born chili lavel 10, disebabkan chantek tak pandai makan/kunyah makanan dengan jumlah yang banyak secara bertalu/gelojoh so memang chantek tau chantek tak kan menang. Tapi tetap teruja nak joint food challenge ni sebab kali pertama berpeluang sebegini. In the end ...im feel so happy and congrat to the winner. Alamak lupa plak nak interview the winner tak apelah chantek share gambar winner kat sini ye.
So habis dengan food challenge chantek dan kawan-kawan jalan-jalan, ronda sekitar kempen ni. Memang barang-barang yang murah-murah kat sini. Chantek difahamkan juga oleh pengunjung-pengunjung yang ada bahawa harga-harga barangan di Potboy O2O ni sama sahaja mcm dalam aplikasi so maknanya harga yang murah tu bukan sebab nak promosikan Potboy O2O sahaja, tapi memang murah juga diluar kempen...hmmm menarik sangat-sangat kan. Sepanjang kempen dari 6 Jul hingga 8 Jul ni pengunjunjung boleh membeli belah secara offline tanpa menggunakan cash money, so shopping tak perlu bawa cash money, cuma bawa handphone sahaja. Macamne tu pulak...???
Segala transaksi pembelian adalah menggunakan aplikasi Fave Pay. Untung tau berbelanja menggunakan kaedah pembayaran Fave pay sebab setiap RM 1 yang dibelanjakan dapat kumpul 1 point Air Asia..syokkk oooo!!!!! Macamne nak gunakan fave pay ni??? Kat sini chantek share cara-cara nak download fave pay ok..
Bagi yang tak berpeluang untuk berkunjung ke Potboy O2O xpe, jangan nangis ok, cepat-cepat download aplikasi Potboy kemudian shopping puas-puas ok. Juga tak perlu risau sebab sesudah membuat transaksi, korang tunggu jerk dalam rumah, kemudian Tin!! Tin!! Potboy hantar pesanan korang terus ke pintu rumah. Senangkan?? Tiada kos penghantaran OK. So happy shopping. I Luv Potboy...smileee
Bagi yang tak berpeluang untuk berkunjung ke Potboy O2O xpe, jangan nangis ok, cepat-cepat download aplikasi Potboy kemudian shopping puas-puas ok. Juga tak perlu risau sebab sesudah membuat transaksi, korang tunggu jerk dalam rumah, kemudian Tin!! Tin!! Potboy hantar pesanan korang terus ke pintu rumah. Senangkan?? Tiada kos penghantaran OK. So happy shopping. I Luv Potboy...smileee
Untuk malumat lanjut dan ingin mengetahui promosi atau kempen terkini dari potboy?? Layari laman web potboy sekarang & Jom like & follow potboy di social media.
facebook Potboy |
Instagram Potboy |
Heyyyy! banyaknya hasil tangkapan dia..hahaha...syok la makan pedas-pedas..tapi Sally tak rasa pedas, rasa masin je..
ReplyDeleteCongrats Potboy!
Sally x rasa pedas?? Patutlahh..kalau x takkan bleh menang top 10 dalam pusingan pertama kannnn...terkedu seketika tgk sally habiskan nasi tu..cayalahhh
ReplyDelete