Posts

Showing posts from June, 2018

Resepi 5 Minit;Koktail Sumi

Image
Sebut jerk nama koktail, pasti terbayang air susu yg sejuk masuk dalam tekak, aduhai sedapnya lagi-lagi kalau tengah dahaga dalam cuaca panas. Koktail juga adalah kegemaran chantek dan anak-anak. Chantek buat banyak-banyak lepastu simpan dalam peti sejuk, bahan-bahan yang chantek guna x mudah masam atau basi. So, hari ni chantek nak kongsikan resepi minuman koktail, campak-campak, mudah, sedap dan menarik bila di hidangkan. Cadangan hidangan untuk resepi ni adalah 20 orang atau lebih, atau senang cerita sesuai untuk kalau majlis kecil-kecil dirumah, kalau nak buat banyak lebihkan bahan-bahannya. gambar dari mr. Google Bahan-bahan : Sumi 4 bungkus dibelah dua (sebarang jenama) Susu cair 2 tin (sebarang jenama) Gula 4 sudu besar Air kotak (yang besar) perisa soya (sebarang jenama) Nata de coco @ buah campur di dalam tin atau kedua-dua sekali Air Batu Cara-cara : Cairkan gula di dalam air panas atau lebih mudah gunakan air gula. Kemudian campurkan dengan semua bahan-bahan lain. Semasa men...

Penangan Laksa Johor Di Rumah Terbuka Mak

Image
gambar dari mr. Google Sebulan puasa kini tiba Syawal menjelma, ehhh dah macam lirik lagu raya plak lalalala. Hari ini merupakan 12 Syawal mesti ramai yang sibuk mengadakan Jamuan Raya/Open House untuk saudara mara, sahabat handai, kenalan dan jiran-jiran kan. Anak-anak pulak seronok dapat duit raya.  Dalam kemeriahan beraya kesana kesini tu, ada tak yang bertanya "Bila u nak buat open house??" ataupun "Nanti buat open house jangan lupa jemput kami ok!!" Haaaa kan dah pening nak memikirkan juadah apa yang nak dijamu kepada tetamu yang datang nanti. Ok untuk entry kali ini, chantek nak kongsikan menu yang sesuai untuk korang sediakan semasa Majlis Rumah Terbuka nanti iaitu Laksa Johor. Baru-baru pada 4 Syawal mak chantek buat open house untuk sanak saudara dan jiran tetangga, so salah satu menu adalah Laksa Johor. Menu ni adik chantek, Ain Nam yang sediakan, actually dia memang superwomen bila di dapur. Air tangan adik chantek memang terbaik. Jom chantek kongsikan r...

140 Tahun Menjadi Bahan Utama Biskut Raya Dengan Quaker Outs

Image
Seronokkan kalau dapat buat sendiri biskut raya kan?? Tapi tak tahu nak buat biskut apa?? Resepi pun xda.. Kali ini chantek kongsikan resepi biskut raya dari bahan utamanya adalah jenama no 1 dunia , QUAKER OATS. Sejak dari zaman mak-mak kita dahulu lagi, quaker oats adalah satu jenama yang memang dipercayai mempunyai serat yang tinggi, protein, vitamin dan mineral.  Selama 140 tahun , jenama Quaker telah menjadi simbol kualiti, mempunyai rasa yang hebat dan kaya dengan khasiat. Chantek dan anak-anak sendiri menjadikan quaker oats minuman wajib setiap kali Ramadhan, sebab chantek dan anak-anak akan minum oats ketika  bersahur . Bukan itu sahaja chantek mengamalkan minuman oats ketika berpantang tau. Sudah tentukanlah khasiat oats akan memberikan tenaga  semasa berpantang  dan membantu memperbanyakkan susu badan. Ok sekarang, chantek nak kongsikan resepi dimana ianya adalah ilham dari Chef Selebriti Anis Nabilah. Selain dibuat minuman, oats juga boleh dipelbagaikan ca...

Beraya Dengan Telefon Baru, Dapatkan Honor 7A dan Honor 10A Edisi Phantom Green di Shopee

Image
Seronokkan bila dapat berhari raya bersama keluarga dan insan tersayang. Lebih menyeronokkan jika saatsaat manis itu dapat dirakamkan sebagai kenangan dan berkongsi kegembiraan bersama orang lain. Begitu juga niat dan hasrat Honor dan Shopee yang mana telah berkerjasama untuk memberikan kegembiraan dengan tawaran  Honor 7A dan Honor 10 Edisi Phantom Green .  Selepas kejayaan pelancaran Honor 9 Lite dan Honor 10 yang lalu, kini honor muncul lagi dengan Honor 7A dan Honor 10 Edisi Phantom Green . Bagi penggemar teknologi boleh dapatkan Honor 7A dan Honor 10 Edisi Phantom Green ini yang telah dilancarkan secara eksklusif melalui platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan iaiatu Shopee . Penggemar Honor di Malaysia boleh mendapatkan melalui aplikasi Shopee Malaysia pada 8 Jun 2018 dan menikmati potongan harga sehingga 30% . Keistimewaan Honor 7A Paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP. Bateri 3000mAh yang mampu bert...

Makanan Dalam Kuali, Inspirasi Nelayan Laut Mediterranean di Fish&Co.

Image
Baru-baru ini chantek dan keluarga berpeluang berbuka puasa di Fish & Co. cawangan Sunway Vellocitymall. Satu pengalaman yang baru bagi chantek dan keluarga sebab seperti biasa makanan ruji Malaysia iaitu nasi dan pasta tempatan seperti mee goreng, mee kari dan pelbagai jenis mee lagi, menjadi hidangan utama kami sekeluarga ketika berbuka puasa. Kali ini kami cuba mengubah selera dengan berbuka puasa dengan menu berasaskan seafood. Perjalanan dari rumah chantek ke SVMall ni tidak berapa jauh. Kami bergerak menggunakan khidmat Grab dan charge nya hanya RM9 sahaja daripada Bangunan Risda, Ampang. Kalau menaiki kenderaan awam, Stesen MRT Maluri bersebelahan sahaja dengan SVMall ni. Boleh berjalan kaki dalam 5 minit.  Yang best nya, sambil-sambil berbuka puasa boleh juga kami cuci-cuci mata dan survey baju raya. Ramadhan tinggal sepuluh hari tapi baju raya pun tiada lagi. Anak-anak dah sibuk bertanyakan baju raya, hahaha sebenarnya chantek dan suami belum decide apa-apa pun tentang...