Zakat 2U (4.0) Lebih Mudah dan Canggih
Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat. (Sumber portal Zakat Selangor) Sejajar dengan tanggungjawab Pusat Pungutan Zakat (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)-PPZ MAWIP untuk memastikan umat Islam yang berkemampuan/wajib dapat menunaikan zakat, PPZ MAWIP telah melancarkan kempen zakat 2u 4.0. Kempen tersebut adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pembayar zakat membuat pembayaran secara dalam talian (online). Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenter...