Gelak pecah perut dengan "Ah Boys To Men 4"
Ah Boys To Men 4 "Kena Called Balik" Gamat panggung wayang dibuatnya bila menonton filem francais dari Singapura Ah Boys To Men 4. Tidak berhenti ketawa dari awal cerita hingga habis. Tapi ada juga adegan yang menyentuh hati dan sedikit romantis. Istimewanya filem ini adalah kisah ketenteraan tapi tidak menjurus kepada kekuatan dan kehandalan platun ketenteraan tetapi sebuah filem ringan yang mudah difahami dan dijiwai. Ianya mengisahkan kepulangan lelaki-lelaki yang datang dari latarbelakang keluarga dan kerja yang berbeza. Mereka dipanggil untuk memjalani latihan dalam kem di bawah Armored Formation of the Singapore Armed Forces. Menurut pengarah filem ini Jack Neo, di Singapura semua lelaki semestinya memgalami Serves Nasional iaitu latihan ketenteraan yang diterapkan kepada seluruh warga Singapura. Dari situla tercetusnya idea untuk menghasilkan filem ini. Tiada kekerasan atau kekejaman tetapi semangat setiakawan dan kerjasama antara pelatih ditunjukkan di dalam filem i...