Posts

Showing posts from November, 2018

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Image
Filem kepolisan Malaysia yang telah menimbulkan kontroversi tahun ini telah mengutip RM 10juta setelah 5 hari di pawagam Sesekali Ladys out memang seronok, dan sebenarnya banyak kali dah chantek buat ladys out dengan anak-anak dan adik ipar. Keluar perempuan semua seronok tau sebab masing-masing faham jiwa masing-masing. Masa ni lah kami nak berkongsi hobi dan minat orang perempuan iaitu window shopping yeahhh.. Ok ladys out kali ni kita orang mulakan dengan menonton wayang dan pilihan movie kita orang mestilah Polis Evo 2.  Kenapa Polis Evo 2?? Chantek memang suka dengan filem aksi tak kiralah filem tempatan atau filem luar negara. Lebih-lebih lagi kalau filem kepolisan atau ketenteraan memang minat sangat nak pergi tengok. Dah namanya pun chantek ni anggota beruniform jadi jiwa dan minat tu memang cenderung ke arah tu jugaklah. Sinopsis Polis Evo 2  Polis Evo ni adalah sambungan filem Polis Evo sebelum ni yang telah ditayangkan pada tahun 2015. Bukanlah cerita berepisod tapi...

Minuman Beri Kolagen Safi Fair Beauty | Kulit Lebih Sihat Cerah Sekata & Dijamin HALAL

Image
Peningkatan usia, tekanan kerja dan urusan seharian, perubahan cuaca serta gaya hidup sesorang itu adalah penyumbang kepada perubahan struktur kulit. Kulit kering, berminyak, jerawat, jeragat ataupun kusam sangat-sangat menjadi musuh utama wanita. Setiap wanita pastinya inginkan kulit yang cantik dan sihat malah berharapan penuh agar kulit yang cantik dan sihat itu boleh kekal sepanjang usia. Idea kreatif dan kemajuaan teknologi didalam industri kecantikan telah banyak membantu wanita-wanita diluar sana untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan bukan sahaja kulit wajah malah the hold body juga. Menyedari akan keperluan wanita-wanita untuk menjaga kesihatan dan kecantikan, Wipro Unza (M) Sdn Bhd mengimbangi pengeluaran produk kesihatan dan kecantikan mereka dengan melahirkan SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen. Kesempatan chantek menghadiri hari pelancaran SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen adalah satu peluang amat berharga kerana sekali lagi chantek berpeluang menjadi saksi akan ...

Atasi Tanda Penuaan Pada Kulit Wajah Hanya Dari Rumah Dengan SHO Wrinkle Lift Peptide Ampoule

Image
Setiap hari berulang alik dari Ampang ke Sg Buloh memang memenatkan. Tambahan pula dengan cuaca yang tak menentu adakalanya mengganggu tahap kesihatan chantek. Namun itu tak mematahkan semangat chantek untuk mencari rezeki. Cuma akhir-akhir ini chantek perasan yang kulit muka chantek mengalami perubahan. Kulit muka chantek jadi kering, berbelang di bahagian tulang pipi dan sedikit di dahi sebab chantek ni bertudung. Lebih menyedihkan lagi bila ada kawan-kawan sepejabat tegur kulit chantek kusam. Aduhaii namanya perempuan kan, tipulah kalau tak risau dengan perubahan kulit yang sebegitu. Nasib baik la ada SHO. Ape itu SHO?? SHO (Origin Homecare Origin) merupakan produk penjagaan kulit wajah dari Korea Selatan. Malah penghasilan kosmetik terbaik korea ini dihasilkan di bawah piawaian yang ketat untuk memastikan kualiti produk malah memiliki Sijil ISO yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. SHO adalah khusus untuk wanita yang sibuk dengan urusan seharian dan tiada masa untuk mendapatka...

Hairkunst Hijabis | Salun Kecantikan 100% Untuk Wanita

Image
Kini terdapat banyak salun-salun kecantikan yang menyediakan ruang untuk golongan wanita Muslimah mendapatkan rawatan kecantikan serta memanjakan diri. Namun masih terdapat batasan serta rasa kurang selesa kepada golongan Muslimah kerana salun-salun sebegini masih membenarkan jantina lain juga mendapatkan perkhidmatan salun. Menyedari keperluan wanita terutama yang berhijab terhadap batasan aurat yang perlu dijaga di salun, Hairkunst Hijabis tampil menyediakan premis khas buat golongan ini dimana mengkhaskan salun kecantikan hanya kepada golongan wanita sahaja. Malah sekiranya wanita-wanita ini ditemani suami atau rakan lelaki, mereka sama sekali tidak dibenarkan berada di dalam salun. Baru-baru ini chantek berpeluang menghadiri hari pelancaran Hairkunst Hijabis iaitu salun untuk wanita Muslimah yang terletak di Melawati Mall, Taman Melawati, KL. Majlis pada petang itu dihadiri oleh kumpulan media, pereka fesyen, tetamu-tetamu kenamaan serta rakan-rakan artis. Bertemakan garden chic, m...

Review Filem Operasi X | Filem Tempatan Terbaru

Image
Menonton wayang ni bukanlah hobi chantek, tapi bila tiba-tiba teringin nak layan wayang, chantek akan cari trailer-trailer filem terkini. Untuk filem tempatan bagi November 2018, rasanya Filem Operasi X adalah yang terbaru. Melihat pada jalan cerita agak menarik minat chantek sebab filem aksi. Barisan pelakon pun ok tapi agak confuse bila ada nama Dato Awie..hmm 'Awie dalam filem aksi' ni buat chantek lagi tak sabar nak pergi tengok filem ni. Kebetulan Jumaat yang lepas cantik keluar untuk menghadiri 1 event area Cheras. Dah alang-alang chantek ambil cuti pada hari tu, jadi chantek rasa nak keluar habiskan masa dengan kawan-kawan blogger. Memandangkan even habis awal lebih kurang jam 11 pagi, so chantek pun suarakan pada kawan-kawan blogger yang lain untuk menonton filem Operasi X ni. So tempat dituju adalah My Town Mall bersebelahan dengan Ikea Cheras. Tapi yang dapat temankan chantek cuma Sally Samsaiman sorang jerk..'xpe la wakk kita 2 orang pun bleh jadi hal kikiki'...

Melaka | Destinasi Percutian Dengan Bajet Yang Rendah

Image
Apa yang paling best dalam hidup korang? Pasti salah satu dia pergi bercuti dengan kos yang paling rendah. Zaman ekonomi sekarang ni siapa-siapa pun nak yang murah atau lebih tepat lebih jimat dan setimpal. Atau dengan ertikata yang lain berbaloi. Bagi chantek yang dah berkeluarga ni, sememangnya bajet yang nak dikeluarkan adalah agak besar. Jadi dah tentu nak kan percutian yang low cost. Petuanya kalau nak bercuti dengan kos yang rendah, jom kita bercuti dalam Malaysia jer. Sebab dalam Malaysia ni ada banyak tempat yang best korang boleh pergi. Salah satunya adalah Melaka. Hahaha sememangnya dah banyak kali chantek ke Melaka dan dah jadi tempat wajib chantek dan kelurga pergi bila ada kelapangan untuk bercuti. So untuk artikel kali ni chantek nak sembang dengan korang apa yang korang boleh buat kat Melaka. Banyak sebenarnya tempat yang best kat Melaka ni kalau korang nak tau. Jadi chantek kongsikan pada korang tempat-tempat yang wajib korang pergi dan memang menjadi tempat-tempat ya...

Teater Bangsawan Dendam Laksamana Adaptasi Dari Kisah "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang"

Image
Bangsawan Dendam Laksamana Adaptasi Dari Kisah  "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang"  Wan Anum Angin senja berkias cerita Bersyair janji-janji setia Anugerah kelahiran tandanya cinta Berkorban buatmu nikmat bahagia Laksamana Sepasang serindit atas jendela Suaranya riang berkicau bersama Semangat adinda azimat kekanda  Supaya aman tanah lahir kita  ***************xx****************  Begitulah nada irama pujuk memujuk antara Wan Anum dan Laksamana tatkala Laksamana dititahkan oleh Sultan Mahmud II untuk pergi ke Belanda. Ternyata hati kecil si isteri yang risau akan keselamatan suami tercinta untuk menjalankan tugasnya sebagai Datuk Laksamana.  Berikut adalah salah satu babak di dalam teater Bangsawan Dendam Laksamana (BDL) yang telah dipentaskan di Malaysia Tourism Centre (Matic) KL pada 2 Nov 18 yang lepas. Chantek rasa sangat bertuah kerana berpeluang turut hadir semasa pementasan ini diadakan. Ini merupakan kali pertama chantek dapat menonton pementasan teat...