Seronoknya Shopping di Haqqi, Murah dan Berkualiti



Orang perempuan ni kalau memilih baju memang cerewet sikit, Sebenarnya bukan cerewet tapi nak cari yang murah tapi cantik dan kalau boleh plus boleh dipakai untuk macam-macam majlis. Sesuai untuk hadir mesyuarat, sesuai dipakai untuk mengajar di sekolah, sesuai untuk ke majlis keagamaan atau majlis-majlis formal. Tapi susah sikitkan nak cari baju yang boleh pelbagai situasi kan?? Jangan risau kakak-kakak, adik-adik, sahabat-sahabat semua sebab ada butik yang memahami kehendak kita sebagai perempuan ni. Butik Haqqi lah jawapannya. Haqqi adalah portal beli belah yang dibangunkan hasil kerjasama Koperasi Tabung Haji Malaysia dan Glass Go Media Sdn Bhd. Haqqi merupakan pusat sehenti yang mempamer, menjual, dan menawarkan barangan kelengkapan dan keperluan Haji Umrah serta fesyen Islamik.

Pada entry yang terdahulu, chantek sudah menfokuskan kepada kelengkapan Haji & Umrah, kali ini bersempena menjelangnya Aidilfitri, chantek nak kongsikan pengalaman chantek bershopping dekat butik Haqqi dan kali ini chantek berpeluang berkunjung ke Haqqi cawangan Taman Tun Dr Ismail (TTDI). 


Lokasi Butik Haqqi TTDI

Lokasi butik adalah sangat strategik sebab sangat berdekatan dengan stesen MRT TTDI, so bagi yang menggunakan public transport sangat disyorkan menggunakan khidmat MRT hanya berjlan sekitar 3 minit dari stesen MRT TTDI ke butik. Butik ni berhadapan dengan Plaza TTDI dan bersebelahan dengan Butik Neelofa. Bagi yang datang menggunakan kenderaan sendiri, korang boleh park kenderaan korang di Tempat Letak Kenderaan Plaza TTDI, berjalan lebih kurang 5 minit ke butik. 

Kemudahan di Butik

Seronoknya berada di butik Haqqi TTDI ni, staf-stafnya sangat peramah dan melayan customer dengan sangat baik. Mereka akan memastikan pelangga pulang dengan senyuman dan gembira. Jangan risau untuk mencuba pakaian-pakaian yang ada sehingga korang jumpa warna, design dan warna yang korang kehendaki, staf-staf di butik akan setia memenuhi kehendak pelanggannya dengan senyuman. Malah butik yang berhawa dingin ni akan membuatkan pelanggan merasa sangat selesa semasa memilih pakaian. Bagi yang datang dengan keluarga, jangan risau sebab ada disediakan sofa diruangan menunggu. Tandas dan bilik persalinan juga disediakan.

Koleksi Raya 2018

Bersempena Aidilfitri 2018 ini, Haqqi memperkenalkan koleksi Raya 2018 yang cantik-cantik dan mampu milik:

Baju kurung Cyra datang dengan 4 pilihan warna tona pastel. Dilengkapi dengan ‘beading’ di baju menyerlahkan si pemakai dan material yang sejuk memberikan keselesaan pada si pemakai walaupun pada cuaca panas. Pastinya Kurung Cyra sesuai utk gadis yang ingin tampil anggun di luar sana. Tunggu apalagi dapatkan Kurung Cyra sebelum kehabisan stok.


Baju Kurung Cyra Harga Promosi RM 199










Dress Haydeena datang dengan 5 warna pilihan. sesuai utk yang mementingkan imej sopan dan tampil bergaya.











Memang rambang mata kalau ke butik Haqqi ni, sebab banyak pilihan design dan warna yang cantik-cantik dan berpatutan. tengoklah gelagat chantek mencuba baju-baju yang chantek berkenan. Nak tau yang mana satu telah menambat hati?? Kena tunggu updated post chantek di Hari Raya nanti di Instagram dan Facebook chantek nanti ok.





Jadi tunggu apalagi, dapatkan Koleksi Raya 2018 di Haqqi TTDI atau yang berdekatan dengan korang. Atau koleksi-koleksi lain yang juga ada potongan harga sempena menjelang Aidilfitri. Untuk maklumat lanjut tentang Haqqi dan promosi terkini dari HAQQI boleh didapati di laman social media:

Instagram : @haqqi.com.my 
Twitter: @haqqi_official 
 Facebook: @haqqi.com.my 

Atau boleh membuat pembelian secara online di laman web rasmi Haqqi www.haqqi.com.my

Butik Haqqi Shah Alam
13 Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. (berdekatan Jakel Shah Alam) No. Tel : 03-55234798


Butik Haqqi Bangi 
B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor. (Belakang Kompleks PKNS) No. Tel: 03-8912 1542


Butik Haqqi TTDI
No 14, Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur. (sebelah Butik Nealofa) No. tel: 03-77322247


Butik Haqqi Terengganu
Pt 35341, Tingkat Bawah, Dataran Austin, Jalan Tembusu 2, Wakaf Tembusu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. (berdekatan Jakel Terengganu) No. Tel: 09-6627367


Haqqi Brunei 
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, Brunei Darussalam.

Comments

Popular posts from this blog

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Kemeriahan sambutan Krismas di Quill City Mall