Muzium Coklat Kota Damansara; Muzium Coklat Pertama Asia




Assalammualaikum, salam sejahtera. Pernah tahu kat Malaysia ni ada Muzium Coklat?? Ramai sebenarnya yang x tahu bahawa Malaysia mempunyi Muzium coklat sendiri malah merupakan muzium coklat pertama di Asia. Ia dibuka dengan rasminya pada tahun 2014. Menariknya di muzium ini , para pengunjung mengetahui pelbagai info2 
menarik mengenai koko dan coklat iaitu cara pembuatan coklat do seluruh dunia, rahsia kehebatan dan khasiat coklat. 


Para pengunjung juga berpeluang memegang sendiri biji koko yang telah dikeringkan dan dapat melihat sendiri bagaimana rupa raja    koko Afrika. Selain itu terdapat juga replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt.



Muzium ini menggunakan pendekatan konsep '3E' di mana pengunjung mendapat pengetahuan interaktif (Education interactive), pengalaman membuat coklat (experience chocolate making) dan keseronokan membeli belah (enjoyable shoppings) menjadikan muzium ini satu tarikan yang unik bagi pengunjung yang hadir.

Selain daripada itu, pengunjung juga dapat melihat sendiri peralatan dan mesin2 yang digunakan bagi menghasilkan coklat.



 Mesin Channing Panning digunakan untuk proses Volvo, ia menggunakan kuali berputar di mana pusat berputar dan mengalir di antara satu sama lain. Coklat digunakan oleh semburan semasa putaran dan ditetapkan oleh udara penyejuk yang dimuatkan ke kuali ketika ia berkisar.  Salutan polish atau glaze biasanya digunakan untuk unit coklat jenis ini. 

Bagi pengunjung yang hadir secara berkumpulan, penerangan mengenai muzium coklat akan diberikan oleh chef berpengalaman luas dalam dunia pembuatan coklat dan sejarah coklat. 




Semasa penerangan diberikan oleh chef disini, chantek tertarik dengan penghasilan coklat yang biasa kita makan dan penghasilan minyak koko yang digunakan dalam pembuatan barangan kosmetik atau perubatan. 




Baru la chantek tau, bahawa harga2 coklat dipasaran dipengaruhi oleh kandungan koko dan dari mana koko itu dikeluarkan.

Apa yang menariknya di Muzium Coklat ni??




Melangkah masuk sahaja ke muzium ni, korang boleh bau aroma koko yang kuat sampai boleh berkumpul air liur dalam mulut. Kemudian korang boleh nampak dan pegang sendiri biji koko yang dikeringkan dan dibawa khas dari Afrika. Kenapa Afrika?? Nanti chantek ceritakan. Kemudian korang dah boleh explore ke dalam muzium, korang kena baca semua nota2 yang pihak muzium sudah susun untuk memudahkan pengunjung membaca dan memahami. Mesti korang akan kagum dan rasa in love dengan buah koko selepas itu.

Pengunjung juga dapat melihat sendiri bagaimana coklat dihasilkan dengan demonstrasi pembuatan coklat oleh chef berpengalaman di muzium ini. Bukan sahaja melihat malah pengunjung juga dapat merasai coklat tersebut secara percuma.





Akhir sekali pengunjung boleh shopping coklat2 yang dihasilkan oleh Muzium Coklat dengan harga yang lebih murah dari pasaran luar. Perlu diingatkan ada diantara jenama coklat yang dijual di muzium ini agak berbeza dengan harga di pasaran, ianya adalah kerana coklat yang dihasilkan menggunakan peratus kandungan pure koko yang lebih tinggi berbanding coklat2 yang terjual di pasaran.






Tahukah anda??
1. Negara pengeluar koko yang terbesar di dunia adalah Afrika. Hampir kesemua negara2 di dunia mengimport koko dari Afrika untuk pembuatan coklat.
2.. Negara Afrika hanya mengeluarkan koko tetapi tidak membuat coklatnya sendiri atas sebab faktor ekonomi dan keamanan negara.
3. Lemak koko adalah bahan utama dalam pelbagai produk kecantikan dan penjagaan kulit.
4. Selepas koko dibawa ke Negara Sepanyol, resepi minuman koko dirahsiakan selama 100 tahun daripada pengetahuan orang Eropah.

5. Biji koko digunakan sebagai mata wang dalam sistem barter.

Jadi apa tunggu lagi jom datang ke Muzium Coklat Kota Damansara dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang. MASUK ADALAH PERCUMA!!!!..Pasti puas hati dan menyeronokkan. Bagi yang ingin datang secara berkumpulan, boleh mendaftar melalui email atau hubungi pihak muzium melalui:

Phone:+603-7490 4260
Fax: +603-6140 8825
Email: info @chocolatemuseum.my


Muzium Coklat, Jalan Teknologi 3/5, Selangor Science Park 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kunjungan chantek dan anak2 bersama blogger2 team propra rangers dan family. Ini adalah salah satu aktiviti kami yang telah diatur oleh pihak pengurusan Muzium Coklat: Membina rumah dari kepingan coklat







Para pengunjung yang hadir ke Muzium Coklat  boleh la melihat hasil kreatif chantek dan kawan2 blogger yang lain di sini. Ianya dipamerkan di ruangan pameran bersebelahan tempat demonstrasi pembuatan coklat.


#Rumah biarpun buruk, asalkan keluarganya bahagia





Comments

  1. Wow... sedapnya nampak coklat yang dihasilkan dimusium kerana lebih berkualiti tinggi dan fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr mmg fresh2 semuanya, rasa puas setiap kali gigitan

      Delete
  2. LeYa memang suka dengan coklat.. Dan sangat teruja bila dapat join ke Muzium Coklat ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sajian Nostalgia Lama Konsep Buffet Ramadhan di Hotel Tenera