Barbecue Restaurant Berkonsepkan Alam Semulajadi di KL



Siapa sangka dalam hiruk pikuk kesibukan di tengah kota ada tempat yang menjanjikan kesunyian dan ketenangan. Hanya deruan air terjun sahaja kedengaran. Tiada lagi kedengaran bunyi kesibukan kenderaan lalu lalang. Tiada lagi kedengaran dentuman projek pembangunan. Hanya ada deruan air terjun dan angin sepoi-sepoi bahasa yang membawa bayu segar. Udara segar tanpa pencemaran habuk. 

Secara ringkasnya itulah gambaran yang dapat diberikan kepada BBQ LAMB KL KEMENSAH. Restoran makanan barat yang berkonsepkan alam semulajadi.
Daripada simpang masuk ke Zoo Negara hanya 10 ke 15 minit sahaja untuk sampai ke BBQ LAMB. Direction ke restoran pun tidak susah, hanya jalan terus sahaja tidak perlu belok ke kiri atau ke kanan, terus dan akan nampak bena BBQ LAMB di sebelah kanan jalan. Struktur jalan biasalah jalan kampung dan akan melalui 2 jambatan biru yang agak sempit, selepas jambatan ke 2 sudah sampai ke BBQ LAMB. Ruang letak kenderaan juga disediakan di sekitar jalan masuk ke restoran.


Melangkah keluar dari kereta, chantek sangat teruja dengan keadaan sekeliling restoran. Sangat tenang dan cantik pemandangan di situ. Tambahan pula bau semerbak dari dalam restoran membuatkan chantek dan suami terpanggil-terpanggil untuk terus masuk ke restoran. Anak-anak chantek pula tidak sabar-sabar untuk mandi sebab jelas kedengaran deruan air terjun yang sangat mendamaikan. Sepanjang jalan masuk ke restoran boleh nampak air sungai mengalir dan percikan air terjun yang cetek, terdapat juga pondok2 kecil di tepi sungai sangat sesuai bagi yang sukakan tempat rehat yang mendamaikan. Kami sekeluarga disambut baik oleh pemilik restoran BBQ LAMB Encik Zainuddin Yatim dan staf BBQ LAMB.

JALAN MASUK KE RESTORAN

AIR TERJUN KECIL 

ANTARA PONDOK MAKAN YG DISEDIAKAN
PEMANDANGAN DARI PINTU MASUK KE RESTORAN

Anak-anak memang tidak sabar2 nak mandi kolam, Restoran ini menyediakan kolam mandi untuk costumer yang hendak mandi-manda. Kolam tersebut tidak terlalu besar jadi senang parents untuk monitor anak2 mandi. Sewaan pelampung juga ada disediakan RM5 untuk setiap pelampung. Sambil encik somi melayan anak2 mandi, chantek pun ronda2 kat kawasan sekeliling restoran. 


KESEJUKAN AIR SEMULAJADI
Sebenarnya chantek bukan datang dengan  family sahaja tapi kawan2 chantek juga datang bersama, kami berjanji untuk dating sama2 disini. Ternyata kami semua sangat senang dengan layanan oleh owner restoran ini dan juga staff2 yang sangat friendly disini. Kami berpeluang untuk melihat sendiri dapur memasak restoran ini dan istimewanya restoran ini kerana menu-menu yang ada di sini dimasak di dalam rumah masak ini. Rumah masak ini dibina daripada batu bata, Sejujurnya chantek tidak pernah jumpa dengan dapur ini, dan kerana dapur inilah yang membuatkan chantek dan kawan2 terpanggil untuk datang ke BBQ LAMB KL KEMENSAH ini.



DAPUR UNIK UNTUK MEMASAK MENU2
BARBECUE DI RESTORAN INI

                               
                                  DAGING2 YANG TELAH DIKELUARKAN DARI RUMAH MASAK 

                                     SEBELUM DI GRILL DAN DIHIDANGKAN
Ada banyak menu disediakan di sini. Tapi paling chantek tidak boleh lupa menu Smoke Duke. Ya Allah memang sedap daging sangat lembut dan manis. Bukan manis gula Tapi manis dari daging itik itu sendiri dan adunan rempah perapan pada daging itik tu. Kata En Zainuddin, daging itik tersebut dimasak menggunakan teknik panggangan asap selama 2 minggu. Teknik tersebut membuatkan struktur daging menjadi sangat lembut dan rasa asli itik itu tidak hilang. Susah untuk digambarkan tapi memang the best. Bagi yang dating dengan family atau kawan2, Family set adalah pilihan palin sesuai kerana terdapat 4 jenis menu iaitu daging lembu, kambing, ayam dan itik kemudian dihidangkan dengan 4 pinggan nasi istimewa.









Menu paling win bagi chantek adalah duck smoke dan chicken smoke. Menutur pemilik restoran bagi menu smoke, ayam@itik dimasak menggunakan teknik mengasap selama 2 minggu. Menjadikan tekstur daging sangat lembut, manis dan berjus. Memang pusa hati.

Pendek kata memang chantek, family dan kawan2 sangat gembira dan berpuas hati datang ke BBQ LAMB KL KEMENSAH ini. Insyaallah ada kelapangan bleh bawa family datang ke sini lagi. Apa pun tq so much to pemilik restoran ni en. Zainuddin yatim dan isteri serta staff restoran kerana menerima baik kunjungan chantek dan family ke sini. Bagi yang nak merasakan suasan tenang dan damai, nak lari dari kesibukan kota datanglah ke BBQ LAMB KL KEMENSAH. Yang luar dari kawasan KL jangan kecewa ok sebab cawangan BBQ LAMB ada di Batu Feringgi dan Ipoh. BBQ LAMB Batu Feringgi berkonsepkan beach manakala BBQ LAMB IPOH pula berkonsepkan hipster. Restoran ni dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin, disyorkan supaya pengunjung membuat tempahan awal atau boleh juga walik in tapi nasiblah jika ada tempat kosong hihihi.


CHANTEK, KELUARGA , KAWAN2 MERAKAMKAN KENANGAN BERSAMA PEMILIK RESTORAN DAN ISTERI



 ☎ 012-211 4100



☎: 019-507 7207




Comments

  1. Menarik ni..bila plak la turn SA dan kawan2 lain dijemput ke sini..

    ReplyDelete
  2. This is very interesting. I would love to be able to visit someday :)

    ReplyDelete
  3. this is so much fun and I want to visit during the day.. I was there for an evening...of good food of course...

    ReplyDelete
  4. Ruby pernah pergi. Tapi waktu malam. Tak sangka bleh buat macam-macam aktiviti tu. Best gila.

    ReplyDelete
  5. Looks like a great place, getting close to mother nature while enjoying good food, that's a great choice for a weekend.

    ReplyDelete
  6. Wow.. Bestnya makan sambil menikmati keindahan alam. Bunyi air yang mendamaikan. Mesti sejuk kan sebab ada air disitu. Makan pun rasa tenang je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sajian Nostalgia Lama Konsep Buffet Ramadhan di Hotel Tenera