Posts

Operasi X Movie: Jangan Hanya Terpedaya Dengan Trailer, Jom Masuk Panggung

Image
Bukan senang sebenarnya kaki ni nak melangkah ke panggung wayang. Last masuk panggung awal tahun 2018 dan dah tak ingat tajuk apa, cuma yang pasti masa tu pergi tengok cerita Jepun hahaha teruk kan. Sebenarnya chantek bukanlah jenis yang kaki wayang, cuma kadang-kadang datang angin teringin nak pergi tengok wayang. Lagi satu kalau xda geng nak tengok wayang, memang tak pergi lah chantek. I is seorang yang tak pandai tengok wayang sorang2. Memandangkan Jumaat yang lepas chantek free dan kebetulan hari tu memang chantek keluar pergi even awal pagi so dijangka even habis dalam tengahari. Alang-alang chantek bercuti hari Jumaat tu, jadi nak habiskan masa atau orang kata lepak king dengan kawan-kawanlah kiranya. Yang terlintas di kepala, tengok wayang wihuu. Jadi sebelum nak pwrgi tengok watang chantek cubalah skroll kat you tube then terjumpa trailer Operasi X Movie, emmm komen-komen yang chantek baca kat situ, banyak yang negatif dari positif. Alaaa baru trailer kan belum tengok filem. J...

Zakat 2U (4.0) Lebih Mudah dan Canggih

Image
Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat. (Sumber portal Zakat Selangor) Sejajar dengan tanggungjawab Pusat Pungutan Zakat (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)-PPZ MAWIP untuk memastikan umat Islam yang berkemampuan/wajib dapat menunaikan zakat, PPZ MAWIP telah melancarkan kempen zakat 2u 4.0. Kempen tersebut adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pembayar zakat membuat pembayaran secara dalam talian (online).  Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenter...

Haruharu | Produk Kecantikan Dari Korea Dengan Teknologi Penapaian Menangani Masalah Kulit Wanita & Lelaki

Image
Penapaian kosmetik?? Pernah dengar tentang teknik penapaian yang digunakan bagi menghasilkan produk kecantikan kulit?? Itulah teknologi yang telah digunakan oleh Haruharu iaitu satu produk kecantikan dari Korea. Sejak dari zaman tok nenek kita lagi, proses/teknik penapaian telah digunakan terhadap makanan, supaya ianya boleh disimpan lama memandangkan tiada teknologi sejuk beku pada masa itu. Malah kaedah yang sama telah digunakan oleh wanita DiRaja Korea supaya ubat-ubatan dan kosmetik dapat disimpan lebih lama dan tidak mudah rosak. Malahan proses serta bahan tradisional seperti ginseng, teh dan bunga yang digunakan telah menghasilkan produk kecantikan kulit yang lebih berkualiti dan selamat digunakan. Baru-baru ni chantek berpeluang untuk turut sama menyertai beauty worksyop yang dianjurkan oleh Haruharu (Malaysia) bersempena pelancaran siri penjagaan kulit hebat iaitu Wonder Skincare Series dan Haruharu Prologue Mask. Produk ini yang telah dihasilkan oleh Korea Ok Bio Lab dimana ...

Hari Kanak-Kanak SeDunia Menyedarkan Masyarakat Akan Peranan dan Hak Masa Depan Kanak-Kanak Malaysia

Image
Hari Kanak-Kanak Sedunia atau didalam Bahasa Inggeris sebagai International Children Days (ICD) merupakan suatu hari untuk melakukan aktiviti/kegiatan yang boleh memupuk sifat saling memahami di antara kanak-kanak. Aktiviti/kegiatan yang dilakukan adalah lebih tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk Piagam dan kebajikan terhadap kanak-kanak seluruh dunia. Sumber : Sinar Harian Titik permulaan ICD adalah dari sebuah Persidangan Dunia untuk Kesejahteraan Kanak-Kanak di Geneva, Switzerland pada tahun 1925. Dalam pada yang sama, konsul-jeneral Republik China di San Franscisco telah mengumpulkan anak yatim bangsa Cina bagi meraikan Perayaan Perahu Naga pada tahun 1925 iaitu pada 1 Jun 1925. Oleh yang demikian kebanyakan negara di dunia menyambut 1 Jun 1925 sebagai ICD. Sumber : Wikipedia Walaubagaimanapun, ICD diseluruh dunia adalah tidak sama tarikhnya. Diantara tarikh tersebut adalah kerana dipengaruhi oleh sesuatu peristiwa yang melibatkan kanak-kanak, sebagai satu sej...

Penggemar Mee Segera Wajib Nikmati Indomie di Indo Bowl Cafe, Ada Kelainan

Image
Jangan tak tahu yang mee segera boleh dinikmati dengan chicken chop dan salted egg. Pelik tapi benar, janggal tapi cukup istimewa. Memang bukan biasa-biasa rasanya. Baru-baru ini chantek dijemput untuk review menu-menu istimewa yang terdapat di Indo Bowl Cafe, Lake Fields, Sg Besi. Istimewanya di sini adalah kebanyakkan menu-menunya adalah dari Indomie.  Indomie Sedikit info mengenai mee segera yang paling terkenal di Indonesia iaitu Indomie. Mee segera ini pertama kali diperkenalkan di Indonesia pada tahun 1969 iaitu hampir sedekad yang lalu. Kini Indomie dapat dinikmati dengan pelbagai varian rasa yang juga semakin di gemari di Malaysia.  Indobowl Cafe (Indonesian Street Food and Indomie) Pengasasnya menginspirasikan Indo Bowl Cafe dari sebuah kopitiam, ianya mula beroperasi pada September 2017. Memandangkan tiada lagi restorant yang menyediakan makanan-makanan yang dijual di jalanan seperti di Indonesia, maka wujudlah Indo Bowl Cafe. Dekorasi serta susun atur cafe juga sang...

Pemakanan Semasa Berpantang Apa Yang Boleh dan Tak Boleh

Image
Samada bersalin secara normal atau pembedahan, ibu yang selepas melahirkan anak tetap perlu berpantang. Kata orang tua-tua, semasa berpantang ini lah nak rehatkan badan yang dah lama kepenatan menggendong zuriat selama 9 bulan dalam kandungan. Malah ada juga yang mengatakan kesihatan masa hadapan ibu bersalin adalah bergantung kepada cara si ibu berpantang semasa kelahiran. Dari situ, kita boleh faham yang berpantang bersalin itu adalah sangat penting. Berpantang juga ada cara dan gaya tersendiri mengikut asal usul kekeluargaan. Sering kita dengar, si Aminah cara berpantangnya begini manakal si Joyah cara berpantangnya begitu. Bagaimana ianya boleh berbeza? Perbezaan ini disebabkan amalan dari nenek moyang atau ibu kepada seseorang itu. Ada juga yang mengatakan perbezaan negeri kelahiran juga membezakan cara berpantang seseorang itu. Sebenarnya ada juga kebenarannya. Macam pengalaman chantek sendiri, chantek dilahirkan dan dibesarkan di Johor. Jadi semasa berpantang bersalin juga di Jo...

Kat Mane Nak Dapat Steak Yang Sedap, Halal & Murah?? Hanya di NY Steak Shack

Image
Sedap, Halal & Murah Kali pertama makan steak masa tu umur chantek 12 tahun (darjah 6) . Masa tu ayah chantek reword kat chantek sebab dapat result agak cemerlang dalam UPSR 3A 1C. Alhamdulillah, mak dan ayah bangga dengan result UPSR chantek. So, satu malam ayah chantek belanja dinner kat Hotel Seri Malaysia Temerloh, tak tahu la sekarang masih ada lagi tidak hotel tu. Dulu memang tempat feveret chantek dan family makan kat situ. Ayah tanye chantek boleh pilih apa sahaja yang chantek nak makan. Itu lah kali pertama chantek makan steak. And start dari tu chantek jatuh cinta dengan steak. Kebetulan dah lama tak makan steak, chantek dapat undangan dari NY Steak Shack, Melawati Mall. So memang tak menolak la kan. Jemputan ini sempena nak memperkenalkan menu baru yang telah dibuat perubahan/pembaikan menu-menu mereka. Kami telah membuat penilaian kepada pelanggan-pelanggan kami selama 7 bulan dan hasilnya kami telah membuat perubahan pada menu-menu kami sehingga 60% daripada menu asal ...