Resepi Begerdil Tauhu Mesti Anak-Anak Suka
"Nak jaga suami kena jaga dulu perut suami" pesan ayah pada chantek diawal perkahwinan. Alhamdulillah kini usia perkahwinan sudah hampir 12 tahun. Hasil perkongsian hidup bersama suami kami dikurniakan 3 orang cahayamata. Pastinya banyak cabaran dan ujian selama melayari bahtera perkawinan ini. Bukan mudah untuk menjadi isteri dan ibu berkerjaya yang dikurniakan 3 orang cahayamata. Berpegang dengan pesan ayah, chantek sentiasa belajar dan belajar supaya dapat memenuhi permintaan suami dan anak Sehingga kini masih belajar memasak dengan mak chantek sendiri, mak mertua dan mr Google. Mempunyai ahli keluarga yang suka makan adalah bonus bagi chantek. Sebab semasa dimeja makan, kita boleh nampak sebarang perubahan pada ahli keluarga. Selain itu chantek juga menggunakan kesempatan di meja makan untuk berbincang isu-isu yang ringan. Almaklumlah adab ketika makan, tak elok bercakap banyakkan. Dek kerana keterujaan anak-anak chantek tentang makan, chantek pun teruja untuk mencari id...