Swarovski Perincian Utama Twiq Label
Melangkah masuk ke butik ini, panahan mata chantek tertumpu pada deretan tudung2 yang sangat cantik warnanya. Pada mulanya chantek rasa biasa je apabila mendapat jemputan untuk hari palancaran butik tudung ini. Tapi setelah chantek pergi rapat ke tudung2 itu, wahhh sangat menerujakan. Cantik sangat2 tudung yang ada disini. Cepat2 chantek baca risalah yang diberikan tadi oleh staff butik ini. "Twiq Label adalah kedai butik fizikal pertama di Bangi Sentral oleh Tracyn. Ianya bermula sebagai sebuah syarikat dalam talian pada bulan Julai 2014 yang mereka khas dan meletakkan ciri2 istimewa pada tudung bawal dan shawl serta barangan perhiasan secara eksklusif, dengan ciri-ciri elemen swarovski iaitu di bawah jenama Twiq Label dan TALE Jewellery" Syarikat yang bertapak di Kuching ini terkenal dengan hasil dekorasi dan buatan tudung yang berkualiti malah menerima permintaan yang kukuh dan memberangsangkan dari pelanggan di seluruh negara. Antara Koleksi Twiq Label Bersempena dengan p...