Ads

Header Ads

Percaya 'Jutawan Is Real' : 13 Ribu Usahawan Sertai Program Nak Ubah Hidup 2020

Pertama kali menyertai Program Nak Ubah Hidup #NUH2020 ianya bagaikan sebuah mimpi, mimpi yang dah lama hadir dalam tidur cuma chantek sendiri tak ingat bila chantek bermimpi dan tiba-tiba jadi kenyataan.

Kenapa chantek kata bermimpi? Sebab ada perkara-perkara yang berlaku sepanjang program ni, sebenarnya adalah impian chantek yang terpendam lama atau mungkin sudah terkubur lama telah jadi kenyataan. Nanti chantek ceritakan. Berbalik kepada #NUH2020, macam mana chantek boleh berada di NUH2020? sebenarnya salah seorang rakan blogger cheq sempoi ajak chantek sertai NUH2020.. Kalau difikirkan lokasi program ni diadakan, memang chantek malas sebenarnya tapi entah tiba-tiba mulut ni berat sangat untuk mengatakan tidak dengan pelawaan sahabat chantek. Hanya dengan menurut kehendak seorang sahabat, jadi wujudlah chantek dalam NUH2020.

Pada hari pertama kami buat pendaftaran. Setelah selesai proses pendaftaran chantek diberi nametage berwarna merah, wristband dan goodie bag yang di dalamnya ada buku nota untuk setiap peserta. Setiap peserta perlu pakai nametag dan wristband yang diberi sepanjang tempoh 3 hari NUH2020 dilaksanakan. Melangkah masuk ke dalam dewan..itulah kejutan pertama ..ramai gilerrs orang ..kebetulan pulak memang chantek dan kawan chantek masuk lewat ke dalam dewan...fuhh 13, 000 orang kut. Kaki melangkah sambil dalam hati berkata,  "betapa ramainya mereka yang nak ubah hidup,  aku??  Sampai bila aku nak hidup dalam zon selesa.??" Tiba-tiba chantek tersedar dari lamunan bila salah seorang dari staff RichWork menyapa dan menunjukkan arah ke tempat duduk yang masih available. Tak perlu risau untuk cari tempat duduk sebab ada ramai staff RichWork yang akan bantu setiap peserta untuk dapatkan tempat duduk walaupun nampak macam dah tak ada tempat duduk untuk kita orang. Lega rasanya..rupa2 nya warna nametag yang peserta pakai tu menunjukkan di mana tempat duduk kita.


Ape itu NUH2020

Nak Ubah Hidup atau NUH2020 merupakan satu program yang membantu usahawan atau bakal usahawan untuk mencari, mengenal dan meluaskan ilmu, meningkatkan potensi diri, melonjakkan keyakinan diri. Semua itu menetapkan hala tuju bisnes, meningkatkan tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Program ini telah dilaksanakan selama 3 hari berturut-turut di lokasi Setia City Convension Centre (SCCC), Shah Alam. Program yang dihadiri seramai 13, 000 ribu usahawan dan bakal usahawan dari Malaysia, Singapura dan Brunei. Chantek?? Mestilah sebagai bakal usahawan..may be..one day..who knows..kan kan kan.

Program ini bukan baru sebenarnya, chantek pun baru tahu rupa-rupanya Richwork dah adakan program seumpama ini selama 12 tahun bermula 2008 hingga sekarang. Hebatkan?

Sejauh manakah hebatnya progaram ni?? Selama 12 tahun itu, ramai usahawan muda, jutawan muda, malah ada yang dah bertahun-tahun berniaga, buat bisnes tapi masih tidak boleh berdiri teguh dan ada juga yang telah mengambil keputusan untuk gulung tikar. Tapi setelah menghadiri NUH, mereka baru nampak dimana kesilapan dan kelemahan mereka dalam berbisnes seterusnya melonjakkan kemampuan diri setelah bermentorkan Dr Azizan Osman sehingga bergelar jutawan dalam masa yang singkat. Siapa pulak Dr Azizan ni??

Dr Azizan Osman 
(Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author
Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, 
Marketing & Leadership Coach)

Beliau adalah antara 100 usahawan paling berpengaruh di Malaysia dan diiktiraf sebagai jurulatih perniagaan dan pemasaran bertaraf dunia dn beliau juga telah berjaya membimbing usahawan kecil dan sederhana juga usahawan luar bandar menjadi usahawan yang luar biasa dengan pencapaian melebihi RM 1 juta setahun. Baginya usahawan luar bandar boleh dibantu dan dibina.

Dr Azizan Osman pernah mengalami saat sukar sehinggakan beliau terpaksa berhutang keliling pinggang dan menggadaikan harta keluarga semata-mata untuk menjalankan perniagaan yang ketika itu meletakkan kesempitan hidup sebagai sebab utama (BIG WHY) untuk memiliki bisnes yang berjaya dan kaya. Dengan pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan kehidupannya sendiri telah menginspirasikan beliau untuk membantu usahawan-usahawan diluar sana yang mengalami masalah yang sama selain mencurahkan ilmu supaya tiada usahawan yang akan mengalami nasib yang sama. Atas usaha beliau dan Richwork International Sdn Bhd..beliau merasakan beliau mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membantu, membimbing usahawan-usahawan supaya kaya dan berjaya serta memberi manfaat kepada orang lain.
Visi Dr Azizan Osman
▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun.

Richwork International Sdn Bhd.

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di
Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta
pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan
berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam
talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di
seluruh dunia. Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan Spire.

Antara usahawan yang telah berjaya dan kaya dengan didikan Dr Azizan Osman adalah seperti dalam video ini 


Sepanjang 3 hari berada dalam program ini, banyak perkara baru yang chantek dapat. Chantek juga dapat banyak pengajaran berguna sebagai pendorong kepada diri chantek untuk lebih maju, bukan sekadar dalam urusan bisnes tetapi juga urusan keluarga dan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Insyaallah.

Walaupun chantek datang ke program ni tanpa latar belakang sebagai seorang usahawan, tapi banyak ilmu, tips dan nasihat serta kata-kata pendorong yang chantek boleh gunakan di dalam kerjaya, kehidupan dan perhubungan. Antara yang sudah chantek catitkan dalam buku nota peribadi chantek ialah:

1. Jangan jadikan masalah hidup pembunuh kepada kejayaan tetapi jadikan ianya tekanan positif supaya kita ambil sebagai tindakan untuk ubah hidup kita.

2. Lakukan sebanyak mana kebaikan kerana hanya kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.
The more value you give, the more value you get.
3. Setiap apa yang kita hendak lakukan mesti ada ilmu. Menuntut ilmu dengan orang betul, dari punca yang betul dan cara yang betul.

4. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain.

5. Sepertimana virus dan penyakit boleh berjangkit, kekayaan juga boleh berjangkit.

6. Orang yang sabar akan tenang dan menang.

Bagaimana untuk capai kejayaan

Untuk mencapai kejayaan, kita perlu ada impian. Kerana impian yang akan membawa kita kepada usaha untuk mencapai impian. Namun harus kita ingat bahawa setiap usaha yang kita lakukan pasti akan bersua dengan cabaran dan rintangan. Jangan takut untuk lakukan perubahan dan beranikan diri untuk tindakan "try and error". Walau dalam apa jua keadaan Doa itu adalah kunci kepada kesusahan, kebingungan, ketidakselesaan dalam mencapai impian. Hanya Allah S.W.T yang mampu mengubah segalanya. Tetapi jika kita sebagai hambaNya tidak meminta, tak mungkin Allah S.W.T akan memberi.


Antara peserta yang hadir - Asyraf Khalid dan isteri Tya Arifin
Apa yang perlu kita lakukan untuk berjaya

Setiap dari kita inginkan kejayaan dalam hidup,  bisnes mahupun perhubungan. Namun ramai dikalangan kita masih gagal walaupun telah banyak usaha yang dilakukan.  Mengapakah ianya terjadi??  Ianya kerana kita takut untuk buat keputusan.  Sebelum membina kejayaan,  kita harus tahu dan kenal apakah tujuan atau sebab kita perlu berjaya.  Orang berjaya terlebih dahulu mengenalpasti BIG WHY dalam kehidupan mereka,  sebab utama untuk berjaya,  sebab utama untuk mencapai kejayaan dan sebab utama kenapa seseorang itu perlu ubah hidup.  Seterusnya barulah sesorang itu berani dan mampu untuk membuat keputusan.  Keputusan untuk berjaya dengan matlamat yang cukup adalah sangat baik untuk kita merialisasikan BIG WHY.  Untuk mencapai matlamat itu,  seseorang itu harus sanggup untuk melakukan tindakan yang penuh tenaga tanpa kenal penat dan lelah atau pendek kata perlu memberi komitmen yang tinggi untuk mencapai matlamat. Jangan berlengah untuk melakukan tindakan dan beri komitmen untuk mencapai matlamat.  
Fast action,  fast result.  Massive action, massive result
Setiap tindakan yang dilakukan perlu komitmen yang tinggi supaya fokus untuk mencapai kejayaan itu tidak lari. Masalah utama fokus adalah pengaruh. Adakalanya pengaruh itu datang ketika kita sedang mendaki kejayaan,  pengaruh yang boleh menimbulkan minat baru. Ianya boleh berlaku apabila sedang kita berusaha gigih tiba-tiba fokus hilang oleh kerana melihat kejayaan orang lain di dalam bidang yang lain.  Ianya boleh membuatkan kita juga ingin cuba dan ini membuatkan kita hilang fokus seterusnya boleh memusnahkan apa yang kita usahakan. Keputusan yang telah dibuat memerlukan usaha yang gigih iaitu komitmen.  Setelah itu perlu fokus dengan keputusan yang dibuat supaya ianya tetap di atas landasan yang sama ketika menuju kejayaan. Namun cepat atau lambat untuk kita perolehi kejayaan adalah bergantung kepada tindakan yang diambil. Pilihan ditangan kita,  kita sendiri yang menentukan kejayaan kita.  Jika kita lambat membuat tindakan maka kejayaan juga akan datang dengan lambat atau mungkin tertangguh.  Nasib kita tidak akan berubah jika bukan kita yang mengubahnya.

Kejutan besar di NUH2020

Bila nak bercerita tentang kejutan besar ni chantek excited sangat sebenarnya.  Betullah kata orang bila impian jadi kenyataan perasaan tu memnag lain macam, ianya satu perasaan yang lebih hebat dari teruja,  gembira,  hiba segalanya bersatu menjadi satu perasaan yang tidak boleh digambarkan,  diceritakan tapi boleh dilihat dengan jelas dari riak wajah chantek. Inilah sebenarnya impian yang chantek ceritakan di awal tadi. Bukan chantek sahaja,  tetapi seluruh dewan dan team RichWork sendiri sangat teruja dengan kunjungan tidak rasmi Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke Program Nak Ubah Hidup 2020.



Seluruh dewan sangat teruja,  bertepuk tangan dan bersorak ketika Tun M menuju ke hadapan pentas utama dewan.  Kunjungan singkat Tun M juga bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah bt Mohamad Ali dan Yang Berhormat Datuk Seri Rina bt Mohd Harun Menteri Pembangunan Luar Bandar. Ya memang chantek tak dapat tengok Tun M secara berhadapan dengan Tun M apatah lagi untuk bertentang mata dan mengucapkan salam,  tapi ini adalah satu moment yang sangat indah buat diri chantek sendiri. Berada di dalam dewan yang sama ianya cukup-cukup bermakna bagi chantek. Sejak beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia buat kali pertama lagi, chantek memang dah berangan-angan dapat jumpa Tun M sendiri.  Alhamdulillah chantek berpeluang dalam program ini.  Syukur Alhamdulillah.

Insan bertuah

Secara keseluruhannya chantek rasa yang chantek adalah insan bertuah kerana dapat turut serta dalam PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2020 ni sebenarnya.  Tidak pernah terlintas sekalipun dalam hidup, yang chantek akan berada di dalam program ni.  Melihat kegigihan usahawan-usahawan yang hadir menjadikan chantek kagum dengan mereka.  Ada diantara mereka adalah ibu tunggal,  mangsa penceraian, disingkirkan keluarga,  mempunyai masalah bisnes,  kepayahan hidup malah ada yang gagal dalam perhubungan. Masing-masing datang dengan membawa harapan dan cita-cita yang besar untuk mengubah kehidupan sebelumnya kepada yang lebih baik dan sempurna.  

Chantek juga dapat lihat pengorbanan mereka yang datang dari jauh,  bersusah payah datang semata-mata untuk menimba ilmu. Betullah kata Dr Azizan,  segala kesukaran, kepayahan,  kegagalan dan unsur-unsur negatif dalam hidup perlu dihimpunkan untuk dijadikan tekanan yang akan membawa kepada tindakan yang penuh energy.  Tindakan ini yang akan membuatkan seseorang itu akan berusaha dengan penuh komitmen dan mempunyai fokus yang tepat.  Diakhirnya akan membawa kejayaan yang besar.

Kenapa perlu hadir ke Program Nak Ubah Hidup

Setiap perkara yang kita lakukan dari sejak kita lahir sehingga kita terus hidup kini,  semuanya kita di ajar. Bila kita di ajar barulah kita dapat ilmu. Bila ada ilmu, kita akan bawa ia sehingga akhir hayat kita. Tetapi menuntut ilmu haruslah dengan guru yang betul dan cara yang betul.  Insyaallah dengan semangat,  harapan dan usaha yang dibawa,  program ini menjanjikan impak kejayaan yang besar sekiranya peserta memahami dan mengamalkan tips dan ilmu yang diperolehi di sepanjang program. Bagi yang berminat nak joint Program Nak Ubah Hidup bleh jengah-jengah, intai-intai kat sini www.NakUbahHidup2020.com

atau 

nak dapatkan maklumat lanjut tentang program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Richwork International Sdn Bhd, boleh didapati melakui laman social dan laman web dibawah:

 Richwork International Sdn Bhd
Facebook
Instagram



Post a Comment

0 Comments