Hari Kanak-Kanak SeDunia Menyedarkan Masyarakat Akan Peranan dan Hak Masa Depan Kanak-Kanak Malaysia

Hari Kanak-Kanak Sedunia atau didalam Bahasa Inggeris sebagai International Children Days (ICD) merupakan suatu hari untuk melakukan aktiviti/kegiatan yang boleh memupuk sifat saling memahami di antara kanak-kanak. Aktiviti/kegiatan yang dilakukan adalah lebih tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk Piagam dan kebajikan terhadap kanak-kanak seluruh dunia.


Sumber : Sinar Harian
Titik permulaan ICD adalah dari sebuah Persidangan Dunia untuk Kesejahteraan Kanak-Kanak di Geneva, Switzerland pada tahun 1925. Dalam pada yang sama, konsul-jeneral Republik China di San Franscisco telah mengumpulkan anak yatim bangsa Cina bagi meraikan Perayaan Perahu Naga pada tahun 1925 iaitu pada 1 Jun 1925. Oleh yang demikian kebanyakan negara di dunia menyambut 1 Jun 1925 sebagai ICD.

Sumber : Wikipedia
Walaubagaimanapun, ICD diseluruh dunia adalah tidak sama tarikhnya. Diantara tarikh tersebut adalah kerana dipengaruhi oleh sesuatu peristiwa yang melibatkan kanak-kanak, sebagai satu sejarah/peristiwa yang harus diingati bagi sesebuah negara itu. Berikut antara negara yang menyambut ICD pada tarikh yang berbeza.
  • Afrika Tengah - 25 Disember.
  • Brazil - 12 Oktober.
  • India - 14 November.
  • Indonesia - 23 Julai.
  • Israel - 9 Oktober.
  • Korea Utara - 1 Jun.
  • Mexico - 30 April.
  • Nigeria - 27 Mei.
  • Paraguay - 16 Ogos.
  • Hong Kong - 4 April.
Sumber : FB Kementerian Wilayah Persekutuan
Di Malaysia Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 iaitu setelah PBB mengishtiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia. Bermula sambutan tersebut, Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM) telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menganjurkan majlis sambutan tersebut pada tahun 1960 hingga 1994. Setelah itu, bermula tahun 1995 sambutan hari tersebut telah diamanahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sebagai penganjur.

Pentingnya Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia diadakan di Malaysia adalah bagi memberi penghormatan dan pengikrirafan pihak kerajaan kepada kanak-kanak dengan harapan agar ianya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhannya akan peranan dan tanggungjawab semua untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di negara ini.

Lagu Tema Hari Kanak-Kanak SeDunia

Di Dunia Ini
Kau Berikan Kami
Pengertian, Perlindungan
Tidak Kenal Bangsa Atau Rupa
Semua Tidak Berbeza

Dipersada Kini
Kau Teguhkan Kini
Perpaduan, Kedamaian
Kami Tersenyum, Kami Gembira
Hilang Duka Dan Derita

Curahkan Belaian Mesra
Berikan Kami Pendidikan Mulia
Ada Rasa Cinta
Sesama Insan Serata Dunia
Berilah Sinar Harapan
Bimbinglah Kami Semua
Dunia Pasti Aman
Dengan Kasih Sayang

Yang Maha Kuasa
Restuilah Hamba
Ketenangan, Keyakinan
Tabah Menjalani Perjuangan
Dengan Penuh Keazaman

Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI KASUT DENGAN KUALITI TERBAIK HANYA DI HYPERSHOE KIP MALL BANGI

Kemeriahan sambutan Krismas di Quill City Mall

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia