Resepi Mee Kari Ringkas Tapi Sedap



Gara-gara tengok rancangan masak-masak dekat tv petang Sabtu masa cuti Hari Kemerdekaan yang lepas, Encik suami boleh pulak buat permintaan nak makan Mee Kari. Dia cakap dia terliur tengok chef dalam rancangan tu masak mee kari. Aduhhh tercengang chantek dibuatnya. Sejujurnya chantek tak pernah buat mee kari. Alahaiii nak tak nak kean usaha jugak la sebab suami punya permintaan kan. So di hening pagi Ahad tu, selepas subuh chantek termenung sekejap macamne lahh nak buat mee kari ni. Cuma pernah teringat dulu-dulu masa sebelum kahwin, mak pernah kata "kalau nak mee kari sedap, kena letak kentang rebus" lepastu teringat pulak masa tengok adik ipar chantek buat mee kari masa bulan puasa haritu, dia letak ikan bilis dalam kuah mee kari tu. Jadi berbekalkan pesanan chef dalam rancangan tu "nak masak kuah mee kari ni lebih kurang macam masak kari ayam, cuma tak lah pekat sangat" kemudian resepi mak chantek "masukkan kentang rebus dalam kuah mee kari" dan resepi adik ipar "campur ikan bilis dalam kuah mee kari". Ok resepi yang mengukuhkan kejadiam mee kari chantek nanti menjadi dan sedap dah ada, sekarang kena pergi kedai untuk beli bahan-bahan untuk buat mee kari. So balik dari kedai, chantek mula la bersilat kat dapur. Maaflah sebab tak ada gambar yang chantek boleh kongsikan sebab tak terfikir pun nak kongsikan di blog. Yang ad cuma gambar yang dah siap tinggal nak ngap jerkk. Tapi jangan risau sebab chantek tulis berdasarkan pengalaman pertama kali masakan mee kari ni.

Bahan-bahan (kuah)

1 ulas bawang besar*

2 ulas bawang putih*

Segenggam ikan bilis*

2 sudu besar cili kisar

6 helai daun kari

3 sudu besar serbuk kari ayam/daging

1 biji kelapa parut (jadikan santan cair dan pekat)

1 biji kentang (di rebus dan dikisar halus)

1/2 ekor ayam

1 bungkus kecil Fish Ball (di belah dua)

1 bungkus kecil Fish Cake (di potong kecil)

Garam dan serbuk perasa

Cara-cara memasak kuah

1. Kisar bahan * kemudian tumis bersama daun kari hingga kekuningan.

2. Masukkan cili kering, tumis lagi kemudian masukkan serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, gaul rata dengan bahan tumisan tadi dalam 2 minit. Kemudian masukkan santan cair.

4. Biarkan mendidih sehingga ayam hampir masak.

5. Masukkan santan pekat dan kentang yang di kisar tadi.

6. Masukkan fish ball dan fish cake.

7. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

8. Biarkan mendidih 3 minit. Sedia dihidangkan.

Bahan-bahan (hiasan)

2 genggam taugeh (dicelur)

2 pokok Sawi pendek jepun (dicelur)

1 biji tauhu (digoreng dan potong)

2 biji cili merah

Limau kasturi/limau nipis (dipotong)

Telur ayam (direbus)

#mee kuning perlu dibasuh, dicelur kemudian ditoskan supaya hilang rasa pahit kapur dan lebih tahan lama.

Semua dah siap, chantek pun hidangkan untuk di jamu. Berdebar-debar jugak masa tengok reaksi suami dan anak2 semasa suapan pertama diorang. Alhamdulillah chantek berjaya. Suami dan anak2 sukakan mee kari yang chantek first time buat tu. Siap dapat thumbs up dari anak pertama chantek. Yang penting suami dan anak2 happy. Yeahhh!!!!

Like & Follow

FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger

FB chantek : idayunim

IG chantek : idayunim























Comments

  1. Wahhhh.... Nampak sedap juga mee karinya.. Lepas ni boleh lah LeYa cuba resepi ni.. Best3x... Tq Kak Ayu Chantek..😁😁

    ReplyDelete
  2. Wahhhh pandainya ms chantek masak. Terima kasih sudi kongsi resepi. Nak cuba buatlah nanti

    ReplyDelete
  3. Pertama kali jumpa resepi mee kari letak ikan bilis. boleh cuba nanti sebab suami suka mee kari. Biasa Diah masak letak kerang bertambah sedap, dan pernah juga orang letak biskut merrie untuk pekatkan kuah.

    ReplyDelete
  4. seriusly, aida x pernah buat mee kari kat umah. wil try later someday.
    mee bandung kerap jugak. itu pun sebab ada pes nyer hi hi hi hi hi...
    tq for sharing.
    aida memang amalkan mee kuning tu kita basuh & toskan dgn air skit kan.
    kalau ke pasar mlm, aduhai. seram sejuk bila diorang terus masak dgn mee kuning direct dari plastik. aduhai...

    ReplyDelete
  5. Rajinnya la memasak. Rawlins jenis suka makan je so kalau teringin nak mee kari, pergi rumah mak angkat. Hahaha. TQ ye share resipi. Boleh Rawlins share dengan adik.

    ReplyDelete
  6. wow, walaupun first time tetap sedap. Tapi sebenarnya air tangan ibu tu yang penting kan.. betul tak?? seronok kan bila tengok makanan yang kita masak habis. hehe.. btw tq utk resepi tu, nanti boleh sy cuba.. hehe

    ReplyDelete
  7. Pernah jugak buat ikut resepi tapi tak menjadi huwaaaa , tak sedap haha kena belajar lagi

    ReplyDelete
  8. baru je masak mee jugak tadi.tapi mee rebus sedap hahaha.resipi turun temurun tgganu kite.mee kari minat gak tp nggak pandai lagi hahaha.

    ReplyDelete
  9. Saya pun rajin jugak buat mee kari ni tapi biasanya buat untuk breakfast sebab suami kalau waktu lunch dengan dinner memang kena makan nasi.Kalau jenis mee ni, better buat untuk breakfast je

    ReplyDelete
  10. Sedap yer mee kari. Lama tak makan. Boleh la nk buat nnt ikut resepi ni

    ReplyDelete
  11. Ibu memang suka sangat makan mee kari. terutama yang kuahnya pekat dan pedas. Wah bermangkuk juga makan

    ReplyDelete
  12. Mudah sebenarnya buat mee kari ni..hehee..Haritu nad pun pertama kali buat masa raya..mertua nak datang rumah..yang lain, celur-celur je..kuah tu kena masak dengan betul..campak-campak je..hehee

    ReplyDelete
  13. Tak pernah masak mi kari sendiri, tak reti haha. Sebab nampak macam banyak je bahan yg nak kena guna. Nanti nak belajar la buat jugak.

    ReplyDelete
  14. Menu nampk sedap, simple & menyelerakan . Weekend ni nak Cuba kat rumah . Tengok dah terliur ni

    ReplyDelete
  15. Mee kari yang sedap mesti ada banyak isi dalam kuah tu. lepas tu cukup rasa. lagi sedap kalau letak seafood seperti ketam atau udang

    ReplyDelete
  16. Kita pon suka mee kari..tp xsuka yg pekat sgt boleh muak... Tp bila tgk mee kari ni adoii.. Jadi lapo lak. Hahaha.. Tq share resepi.. Nnti nk buat versi idayu punyalah..

    ReplyDelete
  17. Satu lauk yang maznee susah sangat nak tolak kalau jumpa. melainkan mee tu tak basuh dan rasa kapur. hmmm

    ReplyDelete
  18. saya suka betul makan mee kari. tak sangka plak senang je resepinya. ingatkan rumit macam nak masak gulai. haha

    ReplyDelete
  19. Kalu anak2 AM diaorg akan request AM masak mee hailam kalu diaorg dpt result baik dlm exam.. kalu diaorg nak mee kari mmg kena bawa blk penang la.. sbb so far, mak AM masak mee kari mmg terbaik.. dia mmg letak kentang lecek dlm masakan..

    ReplyDelete
  20. Ooo, macam ni cara nak buat Mee Kari. Ingatkan masak kari lepas tu taruk mee aje. Dulu mama saya ajar masak mee bandung je.

    ReplyDelete
  21. Tak pernah buat mee kari. Hehe..
    Risau jugak kot tak menjadi.
    Walhal fav jugak dengan mee kari.
    Kalau my mom pulak dia guna ikan bilis tamban tuk.bagi sedap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Tunaikan Zakat:Rebutlah Keberkatan Berzakat Dibulan Ramadan Bulan Penuh Barakah