Katakan X Pada Rambut Kusut dan Rosak: Gunakan Minyak Rambut Safi Shayla



Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab itu, golongan wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA. Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.


SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar. 


Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.

SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90). SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-



a) SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran cahaya matahari.

b) SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.

c) SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.



Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak. SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di SAFI@safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia


Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI KASUT DENGAN KUALITI TERBAIK HANYA DI HYPERSHOE KIP MALL BANGI

Kemeriahan sambutan Krismas di Quill City Mall

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia